PAMERAN DI MUZIUM KESENIAN ISLAM
Sewaktu portugis menawan Melaka pada 24 Ogos 1511, nama Alfonso de Alburqueque dan kapal Flor De La Mar tidak dapat dipisahkan dari lipatan sejarah Tanah Melayu yang penuh hiba, kerana bermulanya tarikh itu Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa asing silih berganti. Pada tarikh keramat 31 ogos 1957, sewaktu laungan Merdeka bergema Merdeka!!!!.....Merdeka!!!!!.....
Merdeka!!!!...., bahawa tanah ini telah menyaksikan penjajahan oleh 4 kuasa luar iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British.
Walaupun pada 1512, Kapal Flor De La Mar telah tenggelam diselat Melaka, namun misteri kewujudannya masih meninggalkan kesakitan di hati pelukis…. Kapal Flor De La Mar adalah symbol bermulanya penjarahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu selama 446 tahun. Kapal Flor De La Mar bukan hanya untuk diingati tetapi juga untuk dihayati. Apa yang dicuri dan dibawa pergi selayaknya diketahui, apa yang tenggelam dan telah hilang sepatutnya kita cari.
Pengalaman pelukis menyelam selama 12 tahun melihat bangkai kapal di dasar laut telah memberi kesan emosi yang sangat dalam. Perasaan itu telah mengamit imaginasi untuk menghasilkan catan “ Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar 1512”. Sebenarnya tiada satupun catatan atau gambaran yang jelas bagaimana Kapal Flor De La Mar bersemadi, sedangkan sejarahnya telah berlalu begitu lama.
Setelah 50 tahun kita merdeka, cerita kapal Flor De La Mar semakin tersisih dari ingatan. Pengalaman dan temubual pelukis di dataran Pahlawan Melaka di mana replika kapal flor de la mar ditempatkan tidak menemukan apa-apa expresi yang memukau dan menguja pemikiran dari pengunjungnya. Replika itu tidak lebih berfungsi sebagai taman santai atau pelengkap kepada sesi bergambar untuk teruna dan dara.
Apakah esok Kapal Flor De La Mar akan bangkit dan bernafas lagi? Menjelma sebagai kapal yang lebih mengerunkan?. Melihat kapal-kapal perang kuasa besar yang berlayar di lautan pada hari ini adalah tidak mustahil tersilap kita melangkah Kapal Flor De La Mar akan datang menjarah lagi.
Meneroka catatan “ Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar 1512”. Pelukis sengaja mengayakan subjek berkedudukan menegak. Sebenarnya pengalaman dan kajian pelukis kebanyakan bangkai kapal dan bot yang tenggelam didasar laut berkeadaan sedemikian. Oleh itu pelukis beranggapan subjek juga terdampar begitu. Mungkin kerana kapal adalah objek yang paling stabil sewaktu terapong di permukaan laut telah mempengaruhi kedudukannya ketika tenggelam.
Wednesday, October 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment