Thursday, January 21, 2010

Marine Paradise Series




Title : Marine Paradise Series Coral Garden part II
Medium : Oil On Canvas
Size : 48 inch x 90 inch (3 panel)
Tahun : 2008




Title : Marine Paradise Series Jelly Fish
Medium : Oil On Canvas
Size : 48 inch x 90 inch (3 panel)
Tahun : 2008

Marine Paradise series




Artist : Ajis Mohamad

Title : Marine Paradise Series Coral Garden

Medium : Oil On Canvas

Size : 48 inch x 90 inch (3 Panel)

Tahun : 2008

Thursday, December 31, 2009

My Painting....










Tuesday, November 17, 2009

Marine Paradise Series Black Hawkbil




Marine Paradise Series Black Hawkbill
Size 30 inch x 40 inch
Oil On Canvas
November 2009

Order by Loni Ketterman
from United States,
America

Friday, October 30, 2009

Anak Melayu pertama melukis di dasar laut


Ajis Mohamad menyiapkan Lukisan Terpanjang (36 meter di catat dalam Malaysia Books Of Record pada April 2004 di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

CITA-CITANYA menjadi seorang ahli geologi, tetapi sebaik saja menamatkan pengajian pada peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Zainurin Mohamad atau lebih dikenali sebagai Ajis Mohamad mula menukar minat menjadi seorang pelukis.

Kekecewaan apabila permohonan melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) ditolak bahkan disindir supaya pulang ke kampung menanam kacang menguatkan lagi semangatnya yang sentiasa berfikiran positif dengan menjadikan sindiran itu sebagai cabaran.

Berbekalkan keputusan STPM 3 prinsipal (1A, 1B, 1C), beliau sememangnya tidak ada masalah untuk melanjutkan pelajaran di maktab perguruan, tetapi disebabkan minatnya terlalu mendalam dalam seni lukis, Ajis mula mengembara seluruh negara mencari ilmu dan pengalaman.

Selama 15 tahun beliau melukis dengan memfokuskan kepada lukisan potret, ia sudah cukup melayakkannya memperoleh 'ijazah universiti kaki lima', yang dipenuhi keperitan hidup sebagai anak seni yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Namun, beliau berjaya keluar daripada kepompong kesusahan atas usaha menimba ilmu dan sentiasa belajar dengan menjadikan sikap suka membaca sebagai satu tabiat.

Sinar kejayaan hidupnya bermula apabila namanya dicatatkan dalam sejarah negara pada Jun 2000 selepas muncul sebagai rakyat Malaysia pertama berjaya melukis gambar kehidupan sebenar di dasar laut di Pulau Tenggol, Terengganu.

Lukisan pertama yang dihasilkan di dasar laut ialah pada kanvas sebesar 81.3 sentimeter x 61 sentimeter dengan biru air laut sebagai latar belakang. Kini tumpuan adalah kepada lukisan mengenai apa saja kehidupan laut dalam usaha memupuk kesedaran mengekalkan khazanah alam.

Minat anak seni kelahiran Kajang, Selangor tetapi membesar di Felda Chempelak Barat, Labis, Johor ini bermula apabila timbulnya konflik dalam diri mengenai apa yang dibaca dalam bahan sastera dengan realiti sebenar.

"Secara metafora, laut sering digambarkan sebagai ganas manakala ombak kejam. Wujud konflik di situ, adakah ia benar kerana bagi saya ia cuma digambarkan secara permukaan saja. Itu yang menimbulkan minat saya untuk mengkaji apa sebenarnya di dasar laut dan berkongsi pengalaman itu melalui lukisan.
"Ia bukan sesuatu yang mudah. Saya jalankan kajian sendiri selama setahun bagaimana mahu merealisasikan impian melukis di dasar laut," katanya yang berminat dalam lukisan marin dan hidupan laut.

Selepas memperoleh lesen menyelam pada 1997, beliau mengambil masa tiga tahun untuk mencari pembaharuan dalam diri serta hasil seninya.

Katanya, air laut diakui mempunyai kadar masin yang tinggi dianggarkan pada tahap PH8 dan ini menimbulkan kesukaran melukis kerana kanvas akan menyerap garam menyebabkan bahan warna tidak melekat.

"Selepas setahun mengkaji bagaimana nak lekatkan warna pada kanvas dalam air, saya dapat satu resolusi iaitu laut mempunyai kadar apungan air yang sangat tinggi sebab terlalu masin.

"Sebaliknya air tawar mempunyai kadar tahap bacaan pada PH7.0 ke bawah dan lebih neutral dan warna boleh dilekatkan pada kanvas. Saya fikirkan bagaimana nak buat, jika nak neutralkan air laut, ia sesuatu yang mustahil, jadi kenapa saya tidak neutralkan saja kanvas.

"Saya rendam kanvas di dalam air tawar yang mempunyai PH7 atau PH6.5 ke bawah dan masukkan ke dalam air laut. Disebabkan sifat apungan air laut tinggi, jadi air laut tidak akan masuk ke dalam kanvas, jadi saya boleh melukis tanpa masalah," katanya.

Beliau mengakui teori apungan air laut yang dihasilkannya banyak membantu kejayaan kerjayanya apabila hasilnya mula dikenali ramai termasuk pada peringkat antarabangsa.

Dari aspek jenis bahan warna yang digunakan, Ajis menjelaskan sebagai seorang ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pemuliharaan alam sekitar, beliau terpaksa memikirkan penggunaan bahan yang tidak menjejaskan kehidupan laut.

"Saya gunakan 'oil bar' dalam bentuk keras seperti krayon yang digunakan kanak-kanak dan ia tidak akan pecah. Jika gunakan warna cair seperti biasa, ia akan menghasilkan serbuk halus dan akan dimakan ikan kecil. Ia mengandungi toksik dan boleh membunuh hidupan kecil.

"Apabila saya sudah selesaikan masalah itu, saya mula berminat mengkaji batu karang. Asalnya memang saya lukis saja apa yang saya nampak, tetapi sekarang saya fokus dan kaji apa yang sebenarnya saya nampak.

'Secara spiritual, saya pernah terjun ke dalam laut pada waktu malam, keadaannya gelap gelita dan kita sendiri tak tahu mana kedudukan dan hala tuju. Pada waktu siang dan bercahaya, kawasan itu sangat cantik. Ia mengingatkan saya mengenai kehidupan, jika ada panduan dan hala tuju, ia akan berjaya," katanya.

Dalam menghasilkan lukisan, Ajis akan memasukkan semua elemen dilihat dan baginya ia bukan setakat mempunyai nilai artistik semata-mata, tetapi berfungsi sebagai alat menyedarkan masyarakat berkongsi mengenai apa pandangannya iaitu mengekalkan dan menjaga keindahan alam.


Petikan dari akhbar Utusan Malaysia

Wednesday, October 28, 2009

Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar 1512

PAMERAN DI MUZIUM KESENIAN ISLAM

Sewaktu portugis menawan Melaka pada 24 Ogos 1511, nama Alfonso de Alburqueque dan kapal Flor De La Mar tidak dapat dipisahkan dari lipatan sejarah Tanah Melayu yang penuh hiba, kerana bermulanya tarikh itu Tanah Melayu telah dijajah oleh kuasa asing silih berganti. Pada tarikh keramat 31 ogos 1957, sewaktu laungan Merdeka bergema Merdeka!!!!.....Merdeka!!!!!.....
Merdeka!!!!...., bahawa tanah ini telah menyaksikan penjajahan oleh 4 kuasa luar iaitu Portugis, Belanda, Jepun dan British.

Walaupun pada 1512, Kapal Flor De La Mar telah tenggelam diselat Melaka, namun misteri kewujudannya masih meninggalkan kesakitan di hati pelukis…. Kapal Flor De La Mar adalah symbol bermulanya penjarahan kuasa asing ke atas Tanah Melayu selama 446 tahun. Kapal Flor De La Mar bukan hanya untuk diingati tetapi juga untuk dihayati. Apa yang dicuri dan dibawa pergi selayaknya diketahui, apa yang tenggelam dan telah hilang sepatutnya kita cari.

Pengalaman pelukis menyelam selama 12 tahun melihat bangkai kapal di dasar laut telah memberi kesan emosi yang sangat dalam. Perasaan itu telah mengamit imaginasi untuk menghasilkan catan “ Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar 1512”. Sebenarnya tiada satupun catatan atau gambaran yang jelas bagaimana Kapal Flor De La Mar bersemadi, sedangkan sejarahnya telah berlalu begitu lama.

Setelah 50 tahun kita merdeka, cerita kapal Flor De La Mar semakin tersisih dari ingatan. Pengalaman dan temubual pelukis di dataran Pahlawan Melaka di mana replika kapal flor de la mar ditempatkan tidak menemukan apa-apa expresi yang memukau dan menguja pemikiran dari pengunjungnya. Replika itu tidak lebih berfungsi sebagai taman santai atau pelengkap kepada sesi bergambar untuk teruna dan dara.

Apakah esok Kapal Flor De La Mar akan bangkit dan bernafas lagi? Menjelma sebagai kapal yang lebih mengerunkan?. Melihat kapal-kapal perang kuasa besar yang berlayar di lautan pada hari ini adalah tidak mustahil tersilap kita melangkah Kapal Flor De La Mar akan datang menjarah lagi.

Meneroka catatan “ Tenggelamnya Kapal Flor De La Mar 1512”. Pelukis sengaja mengayakan subjek berkedudukan menegak. Sebenarnya pengalaman dan kajian pelukis kebanyakan bangkai kapal dan bot yang tenggelam didasar laut berkeadaan sedemikian. Oleh itu pelukis beranggapan subjek juga terdampar begitu. Mungkin kerana kapal adalah objek yang paling stabil sewaktu terapong di permukaan laut telah mempengaruhi kedudukannya ketika tenggelam.

Tuesday, June 9, 2009

Marine Paradise oil painting

Related Posts with Thumbnails